MODEL KURIKULUM LITTLE 'ABD PROGRAM

Hakcipta (c) 2014 Little 'Abd Programme

TRANSDISIPLINER

Bagi mencapai visi LAP,  kurikulum dibina dalam kerangka tarbiyah yang telah digariskan terlebih dahulu. Kurikulum LAP memilih pengabung-jalinan sepenuhnya dalam keseluruhan aspek pembelajaran (trans-disciplinary). Semua mata pelajaran adalah berkaitan dan dibina atas teras yang sama iaitu Tauhid, semua menjurus kepada matlamat akhir yang sama iaitu ‘Ubudiyyah’, semua digabung-jalinkan dengan tarbiyah.  Ini juga bererti bahwa kandungan dan proses tarbiyah digabung-jalinkan.