Segalanya Bermula Dari Pendidikan Tadika

ANAK KECIL DI SABAH

NAKKAN PENDIDIKAN

TAPI TIADA SIAPA

HULURKAN BANTUAN

Kehidupan Anak - Anak Kampung Kunak 3 Laut yang jauh di pedalaman menyebabkan mereka keciciran dalam pendidikan

MEREKA BUKAN SENGAJA MENGABAIKAN PENDIDIKAN...

Disebabkan beberapa kekangan & halangan , mereka tidak dapat menuntut ilmu

Pendapatan Keluarga Yang Amat Rendah

Tidak Ada Jalan Perhubungan Ke Sekolah

Kekeliruan Status Kewarganegaraan

Sukar Mendapat Kemudahan Sokongan Seperti Pusat Kesihatan & Pejabat Pendaftaran

AKIBATNYA...

Berlakulah kecelaruan status kewarganegaraan dan dokumentasi pengenalan diri yang berlarutan membawa kepada berlakunya diskriminasi kemanusiaan termasuklah PENAFIAN HAK  MENDAPATKAN PENDIDIKAN.

MEREKA PERLUKAN KITA !

Dengan kerjasama

                                     Little Abd

       Pusat Pembangunan Minda

 Insan Sabah (PPMI)

MENGANJURKAN SATU PROJEK KHAS

Iaitu sebuah Projek Pendidikan

Khas Untuk Anak - Anak Tadika di kawasan pedalaman 

Kampung Kunak 3 Laut, Kunak, Sabah

MENGAPA FOKUS PENDIDIKAN TADIKA ?

1. Pentingnya Pendidikan 6 Tahun pertama

Pendidikan  sepatutnya bermula dari 0-6 Tahun yang pertama kerana pada "usia emas" inilah anak - anak amat mudah menyerap dan membentuk menjadi menjadi anak yang baik

2. Rata - Rata Bantuan Pendidikan Di Sabah Bermula Dari Sekolah Rendah 

Setelah melakukan banyak tinjauan di Sabah, kami mendapati rata -rata bantuan pendidikan bermula dari sekolah rendah. Akibatnya, banyak anak - anak pedalaman akan ketinggalan di dalam pelajaran apabila memasuki sekolah rendah kerana tiada pendedahan awal tentang pendidikan tadika

3. 

Setelah melakukan banyak tinjauan di Sabah, kami mendapati rata -rata bantuan pendidikan bermula dari sekolah rendah. Akibatnya, banyak anak - anak pedalaman akan ketinggalan di dalam pelajaran apabila memasuki sekolah rendah kerana tiada pendedahan awal tentang pendidikan tadika

Cell

SASARAN MISI BANTU ANAK-ANAK TADIKA

1,000 

MURID TADIKA

RM 120,000
DANA YANG DIPERLUKAN

KE MANA SUMBANGAN AKAN DISALURKAN ?

Bahan - Bahan Pendidikan Termasuklah Buku 

Serta Alat Bantu Mengajar (ABM) dan Belajar

Training Kemahiran Mengajar Kepada Guru - Guru

Kos Logistik Ke Pedalaman Sabah

SIAPA TV TADIKA?

TV Tadika ditubuhkan pada tahun 2020 di saat covid - 19 sedang melanda negara Malaysia. Pada waktu itu, kebanyakan anak -anak tadika amat ketinggalan di dalam pelajaran akibat:

  •  Tidak dapat belajar  bersemuka di Tadika seperti biasa 
  •  Kekurangan capaian internet di rumah masing - masing 
  •  Masalah kewangan sehingga menyebabkan anak - anak diberhentikan dari tadika kerana ibu ayah di buang kerja di saat covid - 19 melanda

ATAS FAKTOR - FAKTOR DI ATAS, KAMI DARI TV TADIKA MENGAMBIL INISIATIF UNTUK 

MEMBANTU ANAK - ANAK TADIKA DI DALAM SATU PROJEK

MISI BANTU ANAK - ANAK TADIKA

TV Tadika mengadakan Kelas Online secara Live juga video capsule secapa PERCUMA buat anak - anak tadika yang keciciran dalam pelajaran

Alhamdulillah , seramai 1,000 Murid Tadika telah berjaya dibantu dalam misi pendidikan ini

InshaAllah, kami akan meneruskan misi yang lebih besar kepada anak - anak tadika di kawasan pedalaman Sabah yang jauh lebih ketinggalan di dalam pelajaran atas faktor kemiskinan , tiada jalan perhubungan ke sekolah juga kekeliruan status kewarganegaraan hingga mengakibatkan berlakunya penafian hak untuk mendapatkan pendidikan.

MISI KALI NI KAMI AKAN   BEKERJASAMA DENGAN : 

LITTLE ABD

Berpengalaman 23 tahun di dalam sektor Pendidikan Awal Kanak - Kanak

Mempunyai 46 cawangan Tadika seluruh Malaysia

PUSAT PEMBANGUNAN MINDA INSAN SABAH (PPMI)

PPMI merupakan Pusat Komuniti yang di bina dan ditubuhkan oleh Komuniti dibawah bimbingan NGO serta Agensi Kerajaan

PPMI memberi fokus utama kepada kumpulan sasar iaitu Anak - Anak Etnik Minoriti dan Miskin Luar Bandar Sabah yang terpinggir daripada Program Pembangunan Aliran Arus Perdana Negara termasuklah Pendidikan Asas

HANYA 3 LANGKAH MUDAH

Untuk menyumbang kepada Misi Bantu Anak - Anak Tadika

© Misi Bantu Anak Tadika. All rights Reserved I Disclaimer