PENDAFTARAN 2022 KINI DIBUKA!
Selamat datang ke
Tadika Little 'Abd!

Little 'Abd Berjaya Park

Little 'Abd Jalan Bangau,
Telok Panglima Garang

Little 'Abd Tropicana Aman
LITTLE 'ABD DI MEDIA






JOM KENALI KAMI
Perjalanan tadika kami bermula dengan nama
TADIKA TARBAWI
sejak tahun
2000
Motto kami sejak awal penubuhan adalah
AWAL BELAJAR MENGENAL ALLAH

Memperkenalkan Allah secara murni dan mengajak murid-murid melihat sekeliling mereka untuk mereka meneroka dan berfikir akan kehebatan Allah yang menciptakan kita semua.

Pembelajaran kami menggunakan
Modul

diformulasikan berdasarkan ummul kitab
SURAH AL-FATIHAH.

Misi kami adalah
MENDIDIK MENJADI HAMBA ALLAH
di mana murid-murid kenal Allah,
mengagumi dan menyayangi Allah.

Selain pembangunan Iman, Ibadah & Akhlak
PEMBELAJARAN AKADEMIK
TURUT DITEKANKAN.
Kami memberi pengenalan awal kepada:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
IQRA'
Jawi
Matematik
Sains
Kreatif & Astetika
Pembelajaran murid dibahagikan kepada
4 TEMA / TAHUN
berdasarkan SURAH AL-FATIHAH.

Tema 1: Allah is My Rabb
(Konsep Alhamdulillah)

Tema 2: Allah Ar-Rahman Ar-Rahim
(Konsep Rahmah)

Tema 3: I am Allah's Little 'Abd
(Konsep Akhirat & Ibadah)

Tema 4: I Love and I Obey Allah
(Konsep Hidayah & Jalan Hidup)
Inilah Hasil yang diharapkan kepada murid-murid kami di Little 'Abd iaitu
SEIMBANG PERKEMBANGAN SEMUA FAKULTI INSANNYA
Moga Allah Permudahkan

TErBARU!!
Sejak bulan Mac 2020, murid-murid Little 'Abd boleh belajar secara :
OFFLINE
(Pembelajaran bersemuka di tadika)









ONLINE
(Pembelajaran atas talian)









APA KATA MOMMIES LITTLE 'ABD
Fasiliti kami sediakan

KAWASAN PERMAINAN

KESELAMATAN CCTV

RUANG KELAS YANG LUAS

BERHAWA DINGIN

tempat letak kenderaan yang mudah
Jadual Kelas


BACAAN HARIAN
Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Iqra'

YURAN





TEMUI KAMI DI SINI
FAQ
Kami menerima murid bermula umur 4 hingga 6 tahun yang sudah tidak memakai pampers.
Maaf, kami dalam kekangan untuk menerima murid special needs kerana kami tiada guru terlatih dan program khas bagi anak-anak istimewa ini. Kami nasihatkan ibubapa untuk menghantar ke tadika yang ada menyediakan program tadika khas bagi mereka.
Boleh, anak tuan/puan akan berusia 4 tahun pada tahun 2022.
Maaf, Tadika hanya boleh menerima anak-anak yang sudah ‘fully potty trained’ dan tidak perlu memakai lampin pakai buang di Tadika bagi memudahkan guru mengawal sesi pembelajaran ketika sesi kelas.
Boleh, jika masih ada kekosongan tempat. Tempat murid adalah berdasarkan first come, first serve.
Maaf, buat masa ini orang luar tidak dibenarkan memasuki kawasan tadika lagi seperti saranan pihak kementerian. Ini sebagai langkah berjaga-jaga yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan bersama. Terima kasih kerana memahami dan atas kerjasama yang diberikan.
Bayaran untuk yuran deposit bagi lock seat adalah sebanyak RM200/murid.
Yuran Deposit RM200 adalah non-refundable. Hanya bayaran lebih dari RM200 bagi Yuran Tahunan 2022 sahaja yang akan dikembalikan selepas 31 Disember 2021.
Yuran Deposit, RM200 adalah non-refundable. Ia tidak boleh dipindah milik atau dibawa bagi bayaran pendaftaran ke tahun 2023.
Kebiasaanya satu kelas ada 18-20 orang murid. Setelah PKP, jumlah murid satu kelas adalah 13 ke 15 orang sahaja kerana mengikuti saranan penjarakan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Kelas dibahagikan mengikut umur dan tahap kemahiran murid supaya guru lebih tertumpu perkembangan murid.
Ya, sanitasi dilakukan dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi, dan sekali lagi ketika waktu petang pada tempat-tempat yang digunakan oleh murid.
Tadika akan dibuka pada pukul 7 pagi. Sekiranya ibubapa perlu menghantar anak awal ke tadika iaitu sebelum pukul 7 pagi, bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM30 sebulan. Kehadiran awal bermula jam 6.30 pagi.
Sarapan pagi akan diberikan pukul 8.30 pagi setiap hari. Ibubapa/penjaga dinasihatkan memberi anak sarapan ringan sebelum menghantar anak ke Tadika.
Tidak, makan tengahari hanya disediakan untuk murid Pakej Little Abd Huffaz dan Pakej Little Abd Mu'min sahaja.
Invois yuran bulanan akan dikeluarkan oleh pihak tadika pada setiap 25 haribulan pada e-mail pengurusan yuran yang didaftarkan.
Contoh: Yuran Februari akan dikeluarkan pada 25 Januari 2022.
Yuran Bulanan perlu dijelaskan sebelum 5 haribulan pada bulan tersebut. Yuran dikutip secara awal bagi memastikan perbelanjaan pada bulan itu dapat dibayar kepada pihak yang berkenaan.
Contoh: Yuran Februari perlu dijelaskan sebelum 5 Februari.
Maaf, kami tidak menerima bayaran wang tunai di tadika bagi tujuan keselamatan tadika dan juga murid-murid. Segala pembayaran boleh dibuat melalui online banking.
Yuran Bulanan boleh dibayar secara online banking melalui Toyyibpay pada invois bulanan yang dikeluarkan pada e-mail pengurusan yuran.
Adalah menjadi tanggungjawab tuan puan untuk memastikan menerima invois yuran tersebut. Tuan Puan boleh menukar e-mail dengan menghubungi pihak admin.
Ya, yuran bulanan Tadika perlu dibayar seperti biasa kerana tempat anak tuan tidak diganti dengan pelajar lain sepanjang tempoh berkenaan.
Caj lebih masa ( Overtime) akan dikenakan selepas:
Pakej Little Abd Basic - 12.30 pm
Pakej Little Abd Huffaz - 2.30 pm
Pakej Little Abd Mu'min - 6.00 pm
Contoh: Pakej Little Abd Basic ( 7 pagi - 12 Tengahari), caj lebih masa akan dikenakan selepas pukul 12.30 Tengahari.
RM10 bagi setiap jam. Caj akan di prorate mengikut minit. Jika lewat ambil sebanyak 15 minit, maka caj OT adalah RM2.50. Kami menasihati ibubapa untuk mengambil anak tepat pada waktunya untuk menjaga emosi anak-anak ke tadika serta melicinkan tugasan guru pembantu.
Ya, alatan tulis dan pensil warna disediakan oleh pihak tadika.
Sarapan pagi: donut, karipap, nasi lemak, nasi goreng, bubur, roti, mee goreng dan lain-lain.
Makanan tengahari: lauk daging, lauk ikan, lauk ayam, lauk telur. Jenis masakan adalah pelbagai.
Makanan petang: kuih muih, biskut, roti.
Copyright © Little 'Abd