Little 'Abd Berjaya Park

Little 'Abd Jalan Bangau,

Telok Panglima Garang

Little 'Abd Tropicana Aman

❤️ LITTLE 'ABD DI MEDIA ❤️

❤️ APA KATA MOMMIES LITTLE 'ABD ❤️

Pn. Nur Sa'adah 

Ibu Ziyad Ulhaq (6 Tahun)

" Tadika Little Abd ni memang sangat bagus sebab fokuskan untuk kenalkan pencipta, bila dia dah faham pencipta dia, apa-apa kita nak bagi nasihat pun senang sebab dia dah di ajar untuk kenal pencipta dia daripada awal"

Pn. Hajar Aishah

Ibu Hawwa Yameena (5 Tahun)

 "Little Abd memberi input yang sangat baik, dia mengajar anak kita erti ketuhanan akidah, dan juga memberi kefahaman mengenai tauhid. Saya puas hatilah hantar anak di Litte Abd"                                                                                                                         

Pn. Napisah

Ibu Awdaad Mauhiba (5 Tahun)

" Joinlah, Little Abd! Alhamdulillah sangat baik, berkonsepkan ilmu tauhid kepada Allah, bagus untuk anak lebih cemerlang dari sudut dunia dan akhirat, terbaik Little Abd! "  

Fasiliti kami sediakan

KAWASAN PERMAINAN

KESELAMATAN CCTV

RUANG KELAS YANG LUAS

BERHAWA DINGIN

tempat letak kenderaan yang mudah

TEMUI KAMI DI SINI

Little 'Abd Berjaya Park

No. 16-1, Jalan Sungai Rasau E32/E, 

Berjaya Park, Seksyen 32, 

40460 Shah Alam, Selangor.

(Klik icon untuk Waze)

Little 'Abd Jalan Bangau, Telok Panglima Garang

No. 1, Jalan Bangau 3/22, 

Taman Bentara, Batu 9 Kebun Baru,

42500 Telok Panglima Garang,Selangor.

(Klik icon untuk Waze)

Little 'Abd Tropicana Aman

No. 12-1 & 12A-1, Jalan Aman Sinaria 9

Bandar Tropicana Aman

42500 Telok Panglima Garang, Selangor

(Klik icon untuk Waze)

Jadual Kelas

BACAAN HARIAN

✅ Bahasa Melayu

✅ Bahasa Inggeris

✅ Iqra'

YURAN

FAQ

Pihak tadika terima murid bermula umur berapa?

Kami menerima murid 4 hingga 6 tahun yang sudah tidak memakai pampers dan sudah fully potty-trained.

Adakah pihak tadika menerima murid special needs?

Maaf, kami dalam kekangan untuk menerima murid special needs kerana kami tiada guru terlatih dan program khas bagi anak-anak istimewa ini. Kami nasihatkan ibubapa untuk menghantar ke tadika yang ada menyediakan program tadika khas bagi mereka.

Anak saya belum cukup umur 4 tahun pada 1.1.2023, bolehkah anak saya mendaftar untuk sesi 2023?

Boleh, anak tuan/puan akan berusia 4 tahun pada tahun 2023.

Anak saya masih perlu memakai lampin pakai buang, adakah Tadika akan menerima kemasukannya?

Maaf, Tadika hanya boleh menerima anak-anak yang sudah ‘fully potty trained’ dan tidak perlu memakai lampin pakai buang di Tadika bagi memudahkan guru mengawal sesi pembelajaran ketika sesi kelas.

Bolehkah saya membuat pendaftaran pada bulan Disember nanti?

Boleh, jika masih ada kekosongan tempat. Tempat murid adalah berdasarkan first come, first serve.

Bolehkah saya datang untuk melawat tadika?

Ya boleh. Tuan puan boleh melawat tadika dan kehadiran adalah melalui appointment. Sila berhubung dengan admin untuk book slot appointment.

Berapakah bayaran Yuran Deposit untuk lock seat bagi sesi persekolahan 2023?

Bayaran untuk Yuran Deposit bagi lock seat adalah sebanyak RM300/murid.

Adakah Yuran Deposit akan dikembalikan sekiranya kami membatalkan kemasukan ke Tadika?

Yuran Deposit RM300 adalah non-refundable. Hanya bayaran lebih dari RM300 bagi Yuran Tahunan 2023 sahaja yang akan dikembalikan selepas 31 Disember 2022.

Apakah syarat lain bagi Yuran Deposit?

Yuran Deposit, RM300 adalah non-refundable. Ia tidak boleh dipindah milik atau dibawa bagi bayaran pendaftaran ke tahun 2024.

Berapakah jumlah murid dalam satu kelas?

Jumlah satu kelas adalah 15-18 orang mengikut keluasan kelas dan saranan penjarakan oleh pihak kementerian.

Bagaimana murid dibahagikan mengikut kelas?

Kelas dibahagikan mengikut tahap kemahiran murid supaya guru lebih tertumpu perkembangan murid.

Adakah sanitasi di tadika dijalankan secara kerap?

Ya, sanitasi dilakukan dua kali sehari. Sekali pada waktu pagi, dan sekali lagi ketika waktu petang pada tempat-tempat yang digunakan oleh murid.

Saya perlu menghantar anak ke Tadika sebelum pergi ke tempat kerja, pukul berapa Tadika dibuka setiap pagi?

Tadika akan dibuka pada pukul 7 pagi. Sekiranya ibubapa perlu menghantar anak awal ke tadika iaitu sebelum pukul 7 pagi, bayaran tambahan akan dikenakan sebanyak RM60 sebulan. Kehadiran awal bermula jam 6.40 pagi.

Saya perlu menghantar anak saya awal ke Tadika, bilakah sarapan akan diberikan?

Sarapan pagi akan diberikan pukul 8.30 pagi setiap hari. Ibubapa/penjaga dinasihatkan memberi anak sarapan ringan sebelum menghantar anak ke Tadika.

Adakah makan tengahari disediakan untuk murid Pakej Little Abd Basic (12pm)?

Tidak, makan tengahari hanya disediakan untuk murid Pakej Little Linguistic dan Pakej Little Professor sahaja.

Bilakah yuran bulanan akan dikeluarkan?

Invois yuran bulanan akan dikeluarkan oleh pihak tadika pada setiap 20 haribulan pada e-mail pengurusan yuran yang didaftarkan.


Contoh: Yuran Februari akan dikeluarkan pada 20 Januari 2023.

Yuran bulanan perlu diselesaikan sebelum berapa haribulan?

Yuran Bulanan perlu dijelaskan sebelum 5 haribulan pada bulan tersebut. Yuran dikutip secara awal bagi memastikan perbelanjaan pada bulan itu dapat dibayar kepada pihak yang berkenaan.


Contoh: Yuran Februari perlu dijelaskan sebelum 5 Februari.

Adakah bayaran secara CASH diterima di tadika?

Maaf, kami tidak menerima bayaran wang tunai di tadika bagi tujuan keselamatan tadika dan juga murid-murid. Segala pembayaran boleh dibuat melalui online banking.

Bagaimana cara untuk membayar yuran bulanan?

Yuran Bulanan boleh dibayar secara online banking melalui Toyyibpay pada invois bulanan yang dikeluarkan pada e-mail pengurusan yuran.


Adalah menjadi tanggungjawab tuan puan untuk memastikan menerima invois yuran tersebut. Tuan Puan boleh menukar e-mail dengan menghubungi pihak admin.

Anak saya tidak akan hadir selama 2 bulan kerana ibunya cuti bersalin, perlukah saya membayar yuran bulanan Tadika?

Ya, yuran bulanan Tadika perlu dibayar seperti biasa kerana tempat anak tuan tidak diganti dengan pelajar lain sepanjang tempoh berkenaan. 

Pukul berapakah caj lebih masa mula dikenakan untuk anak-anak ‘daycare’?

Caj lebih masa ( Overtime) akan dikenakan selepas:


Pakej Little Abd Basic - 12.30 pm

Pakej Little Linguistic - 2.30 pm

Pakej Little Professor - 6.00 pm


Contoh: Pakej Little Abd Basic ( 7 pagi - 12 Tengahari), caj lebih masa akan dikenakan selepas pukul 12.30 Tengahari.

Berapakah caj yang dikenakan untuk lebih masa?

RM10 bagi setiap jam. Caj akan di prorate mengikut minit. Jika lewat ambil sebanyak 15 minit, maka caj OT adalah RM2.50. Kami menasihati ibubapa untuk mengambil anak tepat pada waktunya untuk menjaga emosi anak-anak ke tadika serta melicinkan tugasan guru pembantu.

Adakah alat tulis disediakan oleh pihak tadika?

Ya, alatan tulis dan pensil warna disediakan oleh pihak tadika.

Adakah menu makanan di tadika?

Sarapan pagi: donut, karipap, nasi lemak, nasi goreng, bubur, roti, mee goreng dan lain-lain.


Makanan tengahari: lauk daging, lauk ikan, lauk ayam, lauk telur. Jenis masakan adalah pelbagai.


Makanan petang: kuih muih, biskut, roti.

Adakah yuran bulanan pertama persekolahan perlu dibayar penuh walaupun sesi kemasukan sekolah di pertengahan bulan?

Yuran bulanan pertama sesi persekolahan perlu dibayar penuh seperti harga pakej yang ditetapkan. Yuran bulanan dicaj mengikut pakej bulanan yang diambil. Ini kerana sesi persekolahan telah pun bermula.

Copyright © Little 'Abd