Selamat datang ke
Little ‘Abd Program
Little 'Abd Programme bermaksud Program Si Kecil Hamba Allah.
Program ini adalah untuk murid-murid tadika yang berumur 4 hingga 6 tahun. Ia merupakan sebuah sistem pendidikan yang berteraskan Tauhidullah (mengesakan dan mengagungkan Allah dalam seluruh aspek kehidupan) dan berlandaskan prinsip-prinsip utama surah Al-Fatihah. Program ini kami fokuskan untuk mendidik murid-murid menjadi hamba Allah yang mengenal Allah sebagai Rabb dan mengagungkan-Nya dalam fikiran, perasaan, sikap dan praktik hidup.
Kami percaya bahawa pendidikan bermula daripada hati melalui 3 teras utama iaitu Al-Quran, Sirah & Akidah. Di waktu yang sama, kemahiran asas iaitu membaca, menulis & mengira juga di-integrasikan di dalam sistem LAP ini.
Kurikulum kami distrukturkan dengan prinsip-prinsip besar yang terdapat pada surah teragung iaitu Al-Fatihah. Semua tema-tema adalah disusun mengikut surah Al-Fatihah ayat 1-7.
Kami berhajat melahirkan anak yang menyeluruh kebaikannya :
- Yang bukan sahaja mahir membaca Al-Quran tetapi kenal apa itu Al-Quran dan dapat menghargainya sebagai tanda kasih Rabb nya.
- Yang pandai berdoa DAN juga mengenali kepada siapa yang layak ditujukan segala doa dan permintaan.
- Yang memiliki pelbagai kompetensi (akademik, sosial, fizik, emosi, keagamaan) tetapi menyedari semua ini milik Rabb dan hadiah dari Rabb nya dan mesti digunakan untuk mendapat kecintaan Rabb.
