POLISI TADIKA LITTLE ABD

YURAN & PERKHIDMATAN

  1. Sila pastikan ibubapa/penjaga menerima resit rasmi tadika kami untuk sebarang bayaran yang dibuat.
  2. Bayaran Yuran Tahunan dan Januari mestilah diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember 2019.
  3. Bayaran Yuran Bulanan HENDAKLAH DIJELASKAN SEBELUM 5 HARIBULAN PADA BULAN TERSEBUT.
  4. Bayaran yuran Januari hingga November adalah penuh. Tiada yuran dikenakan untuk bulan Disember kecuali bagi murid yang mengambil perkhidmatan daycare.
  5. Yuran bulanan tadika hendaklah dibayar penuh meskipun kehadiran murid tidak penuh pada bulan tersebut.
  6. Caj overtime akan dikenakan sebanyak RM10 bagi setiap jam untuk semua perkhidmatan. Cut-off date bagi caj overtime adalah pada 15hb setiap bulan dan akan dikemaskini dalam invois bulanan SMAP setiap murid.
  7. Pertukaran perkhidmatan hendaklah dibuat surat bertulis kepada pihak tadika sebulan lebih awal. Pertukaran pakej akan dikuatkuasakan pada bulan baru sahaja. Sekiranya dilakukan di pertengahan bulan, caj overtime akan dikenakan (RM10/jam).
  8. Bayaran yuran yang masih belum dijelaskan selepas 5hb, akan diberi peringatan menerusi e-mail. Sekiranya bayaran yuran tertunggak selama 3 bulan berturut-turut, murid tidak dibenarkan meneruskan pembelajaran di tadika sehingga pembayaran dibuat.
  9. Resit bayaran yang diterima hendaklah disimpan oleh ibubapa/penjaga sebagai bukti bayaran.
  10. Semua kadar Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan dan Yuran Bulanan yang ditetapkan ini adalah sah sehingga 30 November pada tahun semasa sahaja. Manakala selepas tarikh tersebut pihak pengurusan boleh membuat sebarang perubahan kadar bayaran.
  11. Segala urusan pembayaran mestilah dilakukan secara online melalui sistem SMAP (aplikasi BILLPLZ) dan sistem akan mengeluarkan resit secara automatik setelah pembayaran dibuat. Sebarang pertanyaan mengenai sistem SMAP, sila hubungi admin center Little ‘Abd di 013-3519017.
  12. Ibubapa perlulah memaklumkan SECARA BERSURAT satu bulan lebih awal untuk rekod pengurusan. Keputusan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan tadika. Surat perlu dinyatakan jika:
         - Murid tidak hadir melebihi 14 hari berturut-turut, atau;
         - Ibubapa hendak menukar pakej perkhidmatan tadika, atau;
         - Ibubapa hendak menukar kelas ko-kurikulum, atau;
         - Murid tidak akan meneruskan lagi pembelajaran di tadika

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

  1. Ibubapa/penjaga dinasihatkan tidak menghantar murid ke tadika sekiranya murid tidak sihat atau menghidap penyakit yang boleh berjangkit.
  2. Bagi memastikan keselamatan murid, ibubapa/penjaga mestilah menurunkan murid di hadapan pintu tadika tanpa mereka perlu menyeberangi jalan laluan kereta.
  3. Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan menghantar murid dihadapan pintu pagar yang menghadap kawasan kejiranan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan utama kawasan perumahan.
  4. Ibubapa mestilah memaklumkan dan berterus-terang kepada pihak tadika jika murid menghidap sebarang penyakit.
  5. Sebarang ubat-ubatan mestilah disediakan oleh ibubapa. Pihak tadika hanya akan memberi murid ubat atas arahan ibubapa/penjaga sahaja.
  6. Jika murid memerlukan rawatan kecemasan ke klinik/hospital luar semasa murid dalam jagaan pihak tadika, kami akan menghubungi ibubapa/penjaga untuk kebenaran mendapatkan rawatan. Pihak tadika hanya akan menanggung kos rawatan murid sehingga RM100 sahaja.

DAYCARE

  1. Bagi perkhidmatan DAYCARE murid dikehendaki membawa:
    - Tuala mandi (Isnin dibawa dan ditinggalkan di tadika, jumaat dibawa pulang)
    - Sepasang baju yang sopan dan selesa. Seluar pendek dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
      (Semua perlu dilabelkan nama murid bagi mengelakkan pertukaran & kehilangan)

TATATERTIB MURID

  1. Segala peralatan dan buku-buku kepunyaan tadika tidak dibenarkan dibawa pulang oleh murid tanpa kebenaran terlebih dahulu.
  2. Murid tidak dibenarkan membawa barang permainan, makanan ringan, makanan segera, memakai barang kemas, barang mudah pecah, barang berharga atau sebarang barang berbahaya. Pihak tadika tidak bertanggungjawab jika berlaku kehilangan atau kerosakan.
  3. Murid lelaki hendaklah sentiasa berambut pendek dan kemas.
  4. Kuku murid mestilah sentiasa pendek, bersih dan tidak berwarna.

IBUBAPA

  1. Penglibatan ibubapa/penjaga adalah sepenuhnya dalam aktiviti tertentu seperti Hari Sukan, Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Terbuka.
  2. Sekiranya ibubapa/penjaga mempunyai sebarang masalah dengan pihak tadika, perlulah dimaklumkan kepada penyelia tadika terlebih dahulu.
  3. Ibubapa/penjaga perlulah memberitahu pihak tadika terlebih dahulu sekiranya terdapat ahli keluarga selain mereka, yang dibenarkan mengambil murid pulang.
  4. Ketidakhadiran murid hendaklah dimaklumkan oleh ibubapa/penjaga atau menunjukkan surat
    pengesahan doktor.

LAIN-LAIN

  1. Pihak tadika meminta kerjasama ibubapa/penjaga untuk melatih tubi di rumah semua buku siri membaca murid. InsyaAllah murid akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat jika latihan ini diadakan lebih kerap.
  2. Ibubapa/penjaga dikehendaki menghantar dan mengambil murid tepat pada sesi pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak tadika.

Copyright © Little 'Abd